Nota: Sila BACA & FAHAMI terlebih dahulu bahagian ini jika anda inginkan penjelasan lanjut mengenai Saudagarceramic. Jika persoalan tidak dijawab di sini sila hubungi Upline atau pihak
Admin. Anda juga boleh menggunakan saluran Chatting Yahoo Messenger
bersama Admin untuk maklumat lanjut. Harap maklum!
H/p : 013 - 3580038 (Admin)
Jangan Sesekali Anda Tertipu !
NOTIS: Sekarang ini ramai yang terpedaya dengan Skim-Skim Pelaburan Internet yang tidak mempunyai Lesen Perniagaan Yang Sah dan umumnya tidak mengetahui ke mana duit tersebut dilaburkan. Ceramic Business Club yang kami jalankan ini TIDAK Mempunyai Sebarang Kaitan Langsung dengan sebarang Unsur-unsur Penipuan, Bisnes MLM, Skim Pelaburan Internet, Skim Cepat Kaya, Pyramid System, Binari Pair System dan yang melibatkan Aktiviti Pengumpulan Wang Deposit Haram. Sila rujuk Laman Web Rasmi Asia Ceramic Marketing (M) Sdn Bhd untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang kami jalankan ini. Anda juga boleh terus ke Ibu Pejabat Asia Ceramic Marketing jika inginkan penerangan dan bukti kewujudan Ceramic Business Club ini.
Persoalan Mengenai Ceramic Business Club
1. Siapakah TernakWang Group?
Ternakwang.com/ceramic adalah sistem 3rd Party Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Dimiliki sepenuhnya oleh TernakWang. Kami menawarkan
pelbagai kemudahan Online secara Percuma kepada semua
VIP Member dalam mempromosikan perniagaan ini secara online.
Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Asia Ceramic Marketing
sebaliknya hanya sekiranya anda mendaftar melalui TernakWang.Com sahaja. Anda boleh menyertai dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat pada Laman Pendaftaran Percuma dan menaiktaraf status keahlian sebagai VIP Member.
2. Apakah Ceramic Business Club ini?
Ceramic
Business Club adalah Jenama Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh
sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd.
Beribu pejabat di Taman Connought, Cheras,
Kuala Lumpur
.
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Ceramic Business Club
menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan
produk ceramic mereka secara trading. Merupakan salah satu syarikat
yang bernaung di bawah Granic Groups of Companies, sebuah syarikat
besar yang memonopoli pengeluaran barangan ceramic di Malaysia. Granic
Group of Companies mempunyai sebuah kilang pengeluaran ceramic di
Petaling Jaya. Anda boleh mendapatkan keterangan mengenai Latar
Belakang syarikat ini di www.vantage.com.my.
Ceramic
Business Club mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dan merupakan sebuah
perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut
undang-undang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia
Ceramic Marketing Sdn Bhd di Laman Mengenai Syarikat ataupun terus ke Laman Rasmi Syarikat.
3. Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?
Asia
Ceramic Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan trading
produk-produk ceramic keluaran Vantage. Selain menjalankan perniagaan
secara trading, syarikat ini memperkenalkan Program Keahlian Privilege
melalui sebuah jenama perniagaan yang dipanggil Ceramic Business
Club. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Club
menawarkan ganjaran dan keuntungan kepada Distributor-distributornya.
Setiap Distributor yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian
Ceramic Business Club dan akan membawa jenama Ceramic Business Club
dalam perniagaan mereka.
Konsep
ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang
dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang
kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan
berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli tersebut. Jenis-jenis hadiah
dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang
menganjurkannya.
Konsep
bisnes ini adalah sama juga dengan apa yang dilakukan oleh Ceramic
Business Club. Anda akan menerima kad keahlian Ceramic Business Club
dan akan menerima ganjaran dan keuntungan yang anda sahaja
sebagai Distributor berpeluang mendapatnya, orang lain
yang tidak mendaftar tidak akan memperolehinya. Jenis-jenis
keuntungan dan ganjaran yang diberikan adalah tertakluk kepada
Ceramic Business Club itu sendiri. Anda boleh memahami lebih jelas
mengenai konsep perniagaan Ceramic Business Club ini di laman Konsep Perniagaan.
4. Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?
Penting
diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menjalankan perniagaan
trading produk-produk ceramic keluaran vantage. Mempunyai rangkaian
Dealershipnya di seluruh negara yang menjual produk-produk tersebut
secara trading. Anda boleh mendapatkan senarai
rangkaian Dealership tersebut DI SINI.
Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu
jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep
perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di
tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.
Manakala
Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian
Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang
mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk
mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan
syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan
tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian
produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai
promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah
salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran
Vantage tersebut.
Konsep
perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita
tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian
tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi
minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol
station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat
ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi
mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran
iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui
program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang
tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai
keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi
minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata
ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh
menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini
tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah
perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda
mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya
dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka
mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara
Malaysia
,
kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim
cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang
didakwa oleh sesetengah pihak.
Ceramic
Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap
distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang
tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut
dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu
yang tidak mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi
ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.
5. Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Club?
Sebagai
Distributor yang mendaftar secara rasmi dengan syarikat, Ceramic
Business Club menawarkan pelbagai keistimewaan kepada Distributornya
dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh Distributor yang
mendaftar sahaja.
Keistimewaan
pertama adalah setiap Distributor akan diberikan satu Program
Kebajikan Community Caring Programme yang lebih dikenali sebagai
program Khairat Kematian. Melalui program ini, setiap Distributor
yang meninggal dunia akan menerima sumbangan daripada pihak syarikat
dan Distributor yang lain. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada
pewaris mangsa. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut DI SINI untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai program khairat kematian
ini. Selain program khairat kematian CCP untuk setiap Distributor,
Ceramic Business Club juga menyediakan satu tabung kebajikan khusus
untuk menderma kepada Pertubuhan Kebajikan, NGO dan lain-lain lagi yang
dikenali sebagai Community Service Programme. Anda boleh mendapatkan
maklumat lanjut mengenai program ini DI SINI.
Ceramic
Business Club juga menawarkan pelbagai barangan dan produk yang
membolehkan kesemua Distributor menukarkannya dengan mata
Shoping Points yang diperolehi daripada bonus yang diterima.
Produk dan barangan tersebut meliputi Pakej Pelancongan, Pakej
Umrah, Voucher Membeli-belah Giant Hypermarket, Voucher KFC dan
Pizza Hut, Aksesori Ceramic Business Club, barangan Ceramic
keluaran Vantage dan lain-lain lagi. Pihak syarikat akan menambah
beberapa lagi barangan yang lain dalam masa terdekat ini seperti Tiket
Penerbangan Air Asia, Telefon Bimbit, Prepaid, MP3, Kamera
Digital dan sebagainya yang akan ditambah dari semasa ke
semasa.
Selain daripada ganjaran di atas, Ceramic Business Club juga membuka
peluang kepada mana-mana Distributornya untuk menyertai program "The
CeramicClub Sellback Franchise System". Program ini hanya dibuka
kepada Distributor Ceramic Business Club sahaja. Melalui program
ini, Distributor akan dilantik menjadi Franchise syarikat dan akan
menerima bonus melalui Booster Rewards Bonus. Apakah maksud franchise
dan bagaimana keistimewaan tersebut dapat menguntungkan
setiap ahlinya? Sila rujuk dalam soalan berikutnya.
Selain ganjaran program di atas, Ceramic Business Club juga menawarkan
ganjaran-ganjaran yang lain iaitu International Profit Sharing Pool,
iaitu sebuah perkongsian keuntungan bijak melalui pembelian profit
sharing dan juga daripada program Franchise di atas.
6. Apakah Maksud Franchise?
Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud "Satu Hak Yang Diberikan Oleh Sesebuah Syarikat Untuk Menjual Atau Memasarkan Produk Melalui Sistem Yang Ditentukan".
Jika
kita lihat pada contoh-contoh perniagaan yang menjalankan sistem
franchise ini seperti KFC, McD dan Seven E, mereka begitu berjaya dalam
mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke seluruh dunia.
Cuba
lihat McD, dengan hanya sebiji Burger mereka berjaya membuka market ke
seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin
membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya.
Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise McD ini
didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi
juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan
tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat McD
telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu
hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan
untuk pemilik McD tadi.
Perkara
ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Club.
Apabila anda memilih Pakej Booster dan memilih option sell back kepada
syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Club yang
akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan
keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh
pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat
jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business
Club yang akan membuat jualan untuk anda!
7. Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?
Anda
ditawarkan dengan 3 pilihan Pakej Booster iaitu Pakej A: RM900,
Pakej B: RM1,800 dan Pakej C: RM3,800. Setiap Pakej Booster ini
sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu iaitu Pakej A (Tea
Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic) dan Pakej C (Tea Set +
Warmer Set + Dinner Set Ceramic).
Untuk
Pakej Booster ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli
produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri
atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise
(syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil
jualan anda melalui program yang dinamakan "The
CeramicClub Sell Back Franchise System".
Sekiranya
anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk
tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan
tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana
dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga
jualannya sendiri.
Sekiranya
anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah
menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat
pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat
pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran
ataupun bertangguh melalui pemberian "post dated cek" sebaik sahaja
pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada
pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan) dan Pakej C (3 bulan). Anda
boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran ini melalui Laman Konsep Perniagaan.
8. Boleh ke syarikat menjual produk-produk tersebut dalam masa 2 atau 3 bulan dan memberikan keuntungan kepada ahli?
Asia
Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi kilangnya Vantage, sememangnya sudah
mempunyai pasaran produk ceramic sedia ada dan mereka mampu
menjual produk-produk tersebut dalam masa yang ditetapkan. Mereka
mempunyai rangkaian Dealership sendiri di seluruh negara. Anda boleh
melihat rangkaian Dealership tersebut DI SINI.
Perniagaan Haji Ismail
Syarikat
ini mempunyai kilangnya sendiri yang terletak di Petaling Jaya dan
telah beroperasi sejak 1980 lagi. Syarikat banyak membekalkan
produk-produk ini di dalam mahupun luar negara dan produknya yang anda
sendiri boleh lihat adalah cawan kopi di Starbuck yang merupakan hasil
keluaran kilang ini. Produk Ceramic keluaran Vantage ini telah beberapa
kali memasuki televisyen menerusi Rancangan Nona di TV3.
NONA TV3
Date : 16/6/07
Date : 29/7/07
Date : 3/7/06
Date : 20/8/06
Date : 3/9/06
Date : 17/9/06
Anda
juga boleh membuat carian sendiri di Yahoo atau Google jika ingin
melihat pasaran produk yang lain. Sila taip keyword "ceramic vantage"
dan anda akan mendapati produk keluaran ceramic vantage ini sememangnya
dipasarkan di seluruh dunia termasuk dalam laman jual beli e-bay!
9. Bolehkah syarikat ini dipercayai dan tidak menipu ahlinya?
Asia
Ceramic Marketing Sdn Bhd sememangnya boleh dipercayai dan mereka
sangat jujur dan ingin membantu ahli-ahlinya membina pendapatan dengan
cara dan konsep yang betul. Pihak syarikat telah bekerjasama dengan
Giant Hypermerket apabila menjadikan Vaucher Giant sebagai produknya di
dalam e-mall. Sebelum syarikat gergasi seperti Giant Hypermarket ini
bekerjasama dengan Asia Ceramic Marketing, mereka sudah pastinya
menyelidik dahulu latar belakang syarikat dan track record syarikat
sebelum bekerjasama. Ini dilakukan bagi menjaga reputasi dan nama baik
Giant Hypermarket sebagai sebuah syarikat ternama di
Malaysia
.
Apabila kerjasama ini termetrai, ini dapatlah membuktikan bahawa
syarikat sememangnya melakukan perniagaan yang betul, kukuh, dan yang
pastinya jujur dan tidak menipu ahli-ahlinya!
Selain
daripada Voucher Giant, pihak syarikat juga telah bekerjasama dengan
KFC dan Pizz Hut apabila memasukkan Voucher KFC dan Pizza Hut tersebut
ke dalam e-mall. Dan dalam masa terdekat ini pula, Asia Ceramic
Marketing akan memasukkan dua lagi voucer iaitu Voucher Pasaraya
Parkson dan juga Voucher Isian Minyak! Ini membuktikan syarikat ini
boleh dipercayai. Jika syarikat sebesar Giant, KFC, Pizza Hut dan
Parkson sendiri menaruh kepercayaan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn
Bhd, adakah anda masih lagi ragu-ragu untuk merebut peluang yang
sememangnya terhidang di depan mata anda ini?
10. Betul ke kalau tak cari downline masih dapat bonus?
Perlu
diingatkan sekali lagi bahawa Ceramic Business Club bukanlah perniagaan
MLM yang memerlukan anda mencari downline baru dapat bonus. Ceramic
Business Club ini adalah perniagaan secara trading. Apa yang anda
jualkan, itulah bonus yang akan anda perolehi. Tetapi keunikan dan
kelebihan Ceramic Business Club ini, walaupun anda tidak pandai menjual
produk tersebut, pihak syarikat yang membantu anda membuat jualan
menerusi sistem Franchise nya dengan keuntungan dan dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
++
Beli Produk C Harga RM3800, Syarikat Jual Harga RM4500. Jadi Anda Untung RM700
Contohnya
anda memilih untuk membeli Produk Booster Pakej C iaitu Tea Set +
Warmer Set + Dinner Set. Harga bagi kesemua produk tersebut
ialah RM3800. Jika anda memilih option sell back kepada syarikat dengan
sistem Franchise, syarikat akan menjualkan produk tersebut dengan harga
RM4500 dan anda akan menerima keuntungan pembelian tersebut
sebanyak RM700. Keuntungan ini diperolehi walaupun anda tidak mempunyai
downline! Inilah bezanya jika ingin dibandingkan perniagaan Trading
dengan sistem MLM.
11. Jadi, adakah saya perlu menjualkan produk itu untuk mendapatkan Personal Bonus tersebut?
TIDAK!
Bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya syarikat yang membuat jualan
untuk anda. Syarikat telah menetapkan nilai keuntungan yang anda akan
perolehi daripada penjualan tersebut. Cara bisnes ini beroperasi telah
dijelaskan dalam soalan no 6 di atas.
12. Adakah saya perlu maintain buat pembelian barang apa-apa setiap bulan untuk mendapat bonus?
TIDAK PERLU! Kami tidak meminta anda membuat pembelian barang apa-apa. Cuma kami meminta anda menggunakan kembali modal yang
anda terima daripada hasil jualan bulan sebelumnya untuk melakukan
pembelian Pakej Booster pada bulan tersebut. Wang bonus yang anda
terima, Personal Bonus tu anda simpanlah. Gunakan kembali modal asal
anda tadi untuk membuat pembelian Pakej Booster yang berikutnya.
Jika anda tidak membuat re-purchase pada bulan tersebut, anda tidak
akan mendapat bonus daripada overidding downline anda pada bulan
depannya. Anda tidak perlu nak keluarkan duit poket anda lagi dan
keluar duit setiap bulan, yang perlu anda lakukan ialah gunakan wang
modal anda tersebut secara berulang setiap bulan.
Konsep
bisnes Trading memerlukan anda lebih berdisiplin dalam menguruskan
perniagaan. Katakan hari ini saya adalah penjual Milo di sebuah kedai
runcit. Dan setiap bulan saya memborong 100 tin milo dengan pihak
pembekal dan dibeli dengan harga borong (RM5.00 bagi satu
tin) yang sememangnya jauh lebih murah. Dan pada bulan tersebut
saya berjaya menjualkan kesemua stok milo saya tersebut kepada
pelanggan saya dan dijual dengan harga runcit (RM9.00 bagi satu tin).
Hasil keuntungan (RM4.00 bagi satu tin) daripada jualan tadi saya
simpankannya dan modal pembelian (RM5.00 bagi satu tin) saya
gunakan kembali untuk membuat pembelian pada bulan hadapan.
Beginilah sistem perniagaan trading, jika saya berjaya kekalkan
pembelian 100 tin setiap bulan dan berjaya menjual kesemua 100 tin
tersebut dalam masa yang ditetapkan, saya akan mempunyai hasil
keuntungan yang konsisten dan tetap setiap bulan. Jadi, inilah
sebenarnya kunci kejayaan kepada sistem Franchise seperti yang
dilakukan oleh Seven Eleven.
Apa
yang menjadikan Seven Eleven perniagaan yang cukup berjaya sehingga
berjaya membuka cawangan Franchisenya ke seluruh dunia adalah
disebabkan sistem disiplin stok barangannya. Katakanlah saya
membeli satu buku roti dari Seven Eleven cawangan
A, apabila cashier menekan Jual satu buku roti di mesin
kira-kiranya, secara automatik Ibu Pejabat Seven Eleven akan
mengesan bahawa Seven Eleven cawangan A tadi telah kekurangan satu buku
roti. Dan esoknya, pihak HQ akan terus menghantar satu buku roti
yang kurang tadi ke Seven Eleven cawangan A tadi. Inilah kunci kejayaan
mereka. Ada sistem yang betul-betul berdisiplin dalam pengurusan
kewangan dan stok barangnya.
Sama
juga dengan Ceramic Business Club. Anda gunakan kembali modal dari
pembelian sebelumnya untuk membuat pembelian pada bulan
ini. Keuntungan hasil jualan tersebut anda simpan sebagai bonus
anda.
13. Jika saya mendaftar sekarang, berapa lamakah tempoh masa untuk saya pulang modal?
Bergantung
kepada Pilihan Pakej yang anda lakukan semasa pendaftaran. Untuk Pakej
A dan B, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah
selama 2 bulan dari tempoh pembelian, manakala bagi Pakej C, tempoh
masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 3 bulan
dari tempoh pembelian.
14. Saya ingin mendaftar sebagai Ahli Ceramic Business Club sekarang. Macam mana caranya?
Sila klik Laman Daftar Percuma dan isikan borang pendaftaran tersebut selengkapnya. Email akan dihantar kepada anda tentang cara-cara pembayaran. Buat bayaran dan pihak admin akan upgrade akaun anda. Kemudian Login
Member Area dengan Username dan Password anda dan terus boleh menggunakan web replika anda. Jika
terdapat sebarang persoalan, kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi
Admin TernakWang TQ