Konsep perniagaan yang
dibawa oleh Asia Ceramic Marketing adalah konsep perniagaan secara
trading dan franchise. Konsep perniagaan ini berbeza dengan sistem MLM
yang mementingkan penjualan produk, ataupun Investment program yang
memberikan kadar keuntungan tetap dalam masa tertentu. Sila fahami
terlebih dahulu bagaimana sistem ini berfungsi dan memberikan
keuntungan kepada agen2nya dengan merujuk kepada penerangan di bawah:

“The CeramicClub Sell
Back Franchise System” adalah kata nama lain untuk Pakej Booster. Pakej
ini begitu unik dan satu-satunya konsep perniagaan di pasaran sekarang.
Apakah keunikan sistem Franchise? Sila fahami dalam gambar di bawah ini:

Inilah kelebihan
sistem franchise! Syarikat yang membuat kerja untuk anda, dari segi
pemasaran, promosi, penjualan barang, pengeluaran dsb. Anda sebagai
distributor hanya membuat “sales”@(penajaan) apabila ada customer yg
berminat untuk “membeli produk”@(menjadi distributor) daripada anda.
Sila lihat contoh sistem franchise yg begitu berjaya di dunia:

KFC boleh berjaya
dengan sistem franchise yang digunakan oleh mereka! Jadi ini adalah
peluang untuk anda. Sila lihat pakej-pakej Franchise system dan konsep
perniagaan yang ditawarkan oleh Ceramic Business Club melalui
gambar-gambar di bawah ini:

Anda bebas membuat
pilihan dengan memilih mana-mana pakej produk di atas. Setiap pakej
telah ditetapkan produk tersebut. Sebaik sahaja membuat pembelian, anda
akan diberikan 2 pilihan:

Jika anda bersetuju
menyertai “Sell Back Franchise System”, anda dikehendaki mengisi borang
akad jual beli bagi mengesahkan penyertaan anda. Dengan menandatangani
borang jual beli tersebut, maka anda telah bersetuju untuk mematuhi
Terma & Syarat yang telah ditetapkan oleh Asia Ceramic Marketing.
Syarikat telah menetapkan harga jualan bagi produk-produk tersebut.
Sila lihat dalam gambar di bawah:

Asia Ceramic Marketing
akan membuat pembayaran kepada anda dalam bentuk cek, sebaik sahaja
pendaftaran berjaya. Cek tersebut akan diberikan secara terus kepada
anda sama ada melalui kaedah pos atau secara by hand melalui leader
& roadshow yang dijalankan. Kaedah pembayaran adalah secara
bertangguh/installment atau dalam Islam dipanggil istilah Akad Bai’
Tawarruq. Kaedah pembayaran ini adalah HALAL dan tidak menjadi
kesalahan dalam proses urusniaga ini. Sila lihat penerangan melalui
gambar di bawah ini:

Cek akan dikeluarkan
sebaik sahaja anda mendaftar dan cek tersebut hanya boleh ditunaikan
oleh anda sebaik sahaja mencapai tarikh matang@tarikh pada cek
tersebut. Sila lihat contoh di bawah:
Ex: Encik Kasmani
telah menyertai/membeli Pakej Booster C RM3800.00 pada 2/2/2008. Beliau
menerima 3 keping cek RM1500 dan kesemuanya bernilai RM4500.00
dengan keuntungan yang diperolehnya adalah sebanyak RM700.00. Cek yang
diterimanya adalah bertarikh pada 2/3/2008, 2/4/2008 dan 2/5/2008. Sila
lihat SS cek beliau di bawah ini:


|